18.06.2020 Halaman Utama 78
olymptrade malaysia

Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) adalah penunjuk makroekonomi yang paling penting, ia diterbitkan secara berkala di setiap negara. Adalah penting untuk ingat bahawa GDP adalah kos SEMUA barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan di sebuah negara untuk tempoh tertentu.

GDP menyifatkan pertumbuhan ekonomi, oleh itu, semakin tinggi, semakin bagus. Menurut ahli ekonomi, ekonomi negara maju sepatutnya bertambah sebanyak 3-4% setiap tahun. Oleh itu, kita boleh mengambil angka ini sebagai nilai rujukan dalam analisis data pengeluaran GDP sebenar.

Dalam artikel ini, juruanalisis Olymp trade tidak akan membincang secara teliti atau menerangkan apa itu perbezaan GDP nominal dan sebenar atau apa itu GDP deflator. Sebaliknya, kami akan fokus terhadap cara kita boleh menggunakan berita GDP untuk meramal pergerakan matawang. Oleh demikian, kami akan cuba memkirkan cara untuk anda melabur dan mengaut keuntungan dengan berita sebegini.

broker forex

Langkah pertama adalah untuk mengetahui cara GDP dihitung.

Salah satu formula yang terkenal untuk mengira GDP adalah seperti berikut.

GDP = Penggunaan + Pelaburan + Perbelanjaan Awam + Eksport-Import

Kini biarkan juruanalisis Olymp Trade menerangkan setiap elemen formula GDP secara ringkas.

Penggunaan adalah sesuatu yang digunakan oleh penggunan. Penggunna merupakan bahagian terbesar dalam GDP, oleh itu, ini adalah penunjuk yang paling penting untuk dinilai.

Pelaburan adalah perusahaan yang melabur dalam kilang dan kelengkapan mereka.

Perbelanjaan awam adalah berapa banyak yang dibelanja oleh pihak berkuasa sebuah negara.

Eksport adalah nilai barangan yang dieksport (dijual) dari negara.

Import adalah nilai barangan yang diimport (dibeli) ke dalam negara, yang kemudian dijual dalam wilayah sebuah negara.

Dengan itu, untuk meramal indeks Keluaran Dalam Negara Kasar, ia adalah perlu untuk menilai semua elemen individu GDP, dan semua elemen berasingan ini diwakili dalam bentuk penunjuk makroekonomi yang berasingan.

Bagaimanakah Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) mempengaruhi pasaran kewangan?

Indeks GDP mempunyai impak yang langsung ke atas pasaran kewangan. Formula umum adalah seperti berikut – semakin tinggi GDP – semakin tinggi kadar matawang nasional. Sekarang, mari kita lihat contoh spesifik daripada ramalan GDP Amerika Syarikat. Sebelum data suku pertama diterbitkan, pelabur sudah ketahui ramalan konsensus untuk GDP adalah 2.2%, aras yang sama seperti suku sebelumnya. Lihat imej yang telah disediakan oleh juruanalisis Olymp trade.

Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP)

Seperti yang dikatakan, semua elemen formula GDP diterbitkan sebagai penunjuk makroekonomi yang berasingan, mari kita mula analisis penggunaan, dalam bentuk jualan runcit. Seperti dalam imej berikutnya, pertumbuhan jualan runcit disaksikan dalam beberapa bulan, namun ia semakin perlahan pada bulan Januari dan Februari yang mana terdapat pengurangan jualan runcit.

Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP)

Oleh itu, pengurangan jualan runcit adalah faktor negatif untuk GDP dalam suku itu.

Elemen kedua formula GDP ialah pelaburan, yang sedikit serupa dengan penunjuk penggunaan. Syarikat boleh melabur dalam aset tetap, misalnya, kelengkapan, kemudahan atau infrastruktur atau inventori. Mari kita lihat bagaimana inventori perniagaan di Amerika Syarikat telah berubah, statistik diterbitkan pada pertengahan bulan bersama dengan data jualan runcit. Lihat imej dan analisis cara inventori berubaha.

Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP)

Kesimpulannya, dalam suku tahun pertama, inventori dalam A.S mula meningkat pada kadar cepat, iaitu faktor positif untuk pelaburan dan GDP.

Kini kami akan menganalisis perbelanjaan kerajaan.

Untuk menilai perbelanjaan kerajaan, anda harus memberi perhatian kepada baki bajet A.S. Semakin tinggi perbelanjaan bajet, semakin tinggi tahap GDP. Lihat imej yang disediakan oleh juruanalisis Olymp trade, bagi suku tahun pertama, perbelanjaan bajet meningkat.

Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP)

Kesimpulannya, nilai untuk perbelanjaan kerajaan boleh menjadi faktor positif untuk GDP.

Elemen terakhir adalah baki dagangan, perhatikan perbezaan antara eksport dan import yang diterbitkan setiap bulan. Di A.S, baki dagangan secara tradisional adalah negatif, oleh itu, semakin kecil defisit dagangan, semakin bagus GDP. Seperti yang boleh dilihat dalam gambar seterusnya, suku pertama 2018, defisit telah bertambah dan mencecah $54 bilion.

Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP)

Akibatnya, defisit yang lebih tinggi merupakan faktor negatif untuk GDP, yang membuatkannya sukar untuk menjangka pertumbuhan ekonomi yang sama seperti 2.2% yang sebelumnya.

Memahami hubungan antara Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP)dan Pasaran Forex

Peraturan am semasa melihat data GDP adalah melihat kepada sama ada angka mengalahkan atau jatuh di bawah anggaran (lihat carta yang relevan di bawah):

  • Pembacaan GDP yang lebih rendah daripada yang diunjurkan kemungkinan akan menghasilkan penjualan mata wang domestik berbanding dengan mata wang lain (USD menyusut berbanding EUR).

EUR/USD Chart: Low GDP data release

Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP)

  • Pembacaan GDP yang lebih tinggi daripada yang diunjurkan cenderung mengukuhkan mata wang asas berbanding mata wang lain (kenaikan USD berbanding EUR).

EUR/USD chart: High GDP data release

Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP)

Laporan GDP tidak selalu memberi kesan yang sama atau seperti yang diharapkan pada mata wang. Ini penting untuk diingat sebelum melakukan perdagangan. Seringkali, angka GDP sudah sepenuhnya atau sebahagiannya telah dinilai terlebih dahulu yang bermaksud bahawa pasaran mungkin tidak bertindak balas seperti yang dijangkakan setelah angka GDP dikeluarkan.

Menganalisis Data GDP untuk membuat keputusan dalam Perdagangan Forex

GDP, Inflasi dan Kadar Faedah

Pelepasan awal GDP adalah empat minggu selepas suku berakhir dan pelepasan akhir berlaku tiga bulan selepas suku berakhir. Kedua-duanya dikeluarkan oleh Biro Analisis Ekonomi (BEA) pada pukul 08:30 ET. Biasanya, pelabur mengharapkan GDP AS untuk berkembang antara 2.5% hingga 3.5% setiap tahun.

Tanpa tahap inflasi dalam ekonomi yang sedang berkembang, kadar faedah dapat dipertahankan sekitar 3%. Walau bagaimanapun, pembacaan di atas GDP 6% akan menunjukkan bahawa ekonomi AS menjadi terlalu panas yang membahayakan yang seterusnya dapat menimbulkan ketakutan inflasi.

Oleh itu, Federal Reserve mungkin perlu menaikkan kadar faedah untuk mengekang inflasi dan meletakkan ‘brek’ pada ekonomi yang terlalu panas. Mengekalkan kestabilan harga adalah salah satu tugas Federal Reserve. GDP mesti berada dalam ‘range goldilocks’: tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk.

GDP tidak boleh cukup tinggi untuk mencetuskan inflasi atau terlalu rendah di mana ia boleh menyebabkan kemelesetan. Kemelesetan ditentukan oleh dua suku negatif pertumbuhan GDP berturut-turut. ‘Sweet spot’ GDP berbeza dari satu negara ke negara lain. Sebagai contoh, China pernah mempunyai GDP dalam dua digit.

Pedagang forex paling berminat dengan GDP kerana ia adalah kad laporan kesihatan yang lengkap untuk ekonomi negara. Sebuah negara ‘dihargai’ kerana GDP tinggi dengan nilai mata wang mereka yang lebih tinggi. Biasanya terdapat harapan positif untuk kenaikan kadar faedah di masa depan kerana ekonomi yang kuat cenderung menjadi lebih kuat sehingga menyebabkan inflasi yang lebih tinggi. Perkara ini, menyebabkan bank pusat menaikkan kadar untuk memperlambat pertumbuhan dan untuk menahan kenaikan inflasi.

Sebaliknya, negara dengan GDP yang lemah mempunyai jangkaan penurunan kadar faedah secara drastik. Sebenarnya, bank pusat negara yang mempunyai dua suku GDP negatif yang berturut-turut bahkan mungkin memilih untuk merangsang ekonomi mereka dengan mengurangkan kadar faedah.

broker forex

Kesimpulan

Selepas menganalisis semua komponen GDP, hakikatnya adalah baki dagangan, bersama dengan tahap penggunaan, membentuk 80% daripada GDP keseluruhan, manakala pelaburan dan perbelanjaan kerajaan memberikan 20% yang selebihnya, keseimpulan am daripada analisis keseluruhan adalah jangkaan pertumbuhan GDP yang kurang daripada 2.2%. Mari kita lihat data sebenar, yang diterbitkan sebagai 2.0%.

Juruanalisis Olymp trade menunjukkan kepada  anda sebuah contoh tentang bagaimana maklumat yang sedia ada, boleh membantu anda meramal tingkah laku pasaran apabila berita penting GDP disiarkan. Kita seharusnya ingat bahawa ramalan ini adalah anggaran sahaja dan tidak menjejaskan semua aspek yang mungkin mempengaruhi penunjuk dan, oleh itu, nilai matawang. 

Kami meminta supaya anda tidak menganggap contoh yang diberikan sebagai tingkah laku pasaran yang tepat atau ramalan keadaan. Cuba berfikir secara bebas sebanyak yang mungkin. Jika anda pelajari ini, maka kami pasti bahawa anda akan mempunyai kelebihan yang tidak dapat dinafikan ke atas pedagang lain.

Semoga berjaya!

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars
Loading...