09.04.2020 Olymp Trade 0
kerja dari rumah

Sekilas Tentang Bekerja Dari Rumah

Revolusi internet pada awal tahun 1990an membuka dunia baru peluang bekerja dari rumah. Sekiranya anda ingin belajar bagaimana untuk kerja dari rumah, anda perlu terlebih dahulu memahami apa yang anda mahu dari pekerjaan tersebut. Jika pekerjaan yang mantap dengan satu komuniti yang kuat  adalah penting bagi anda , mungkin anda tidak harus memilih untuk bekerja dari rumah – anda seharusnya terus bekerja di jangka waktu 9 hingga 5 seperti jadual biasa anda. 

Jika anda lebih suka jenis pekerjaan yang fleksibel yang membolehkan anda bekerja pada bila-bila masa, bekerja dari rumah memang teramat sesuai dengan anda. Walaubagaimanapun harus diingat, sikap anda tidak harus menjejaskan kualiti kerja anda. Ini kerana kebanyakkan kerja dari rumah adalah berdasarkan kualiti kerja yang dipersembahkan. Jika ia tidak seperti yang diingikan oleh majikan virtual anda, biasanya mereka boleh menghentikan kontrak kerja anda dalam masa 24 jam. Itu adalah risiko terbesar untuk mereka yang memilih untuk bekerja dari rumah. 

broker forex

Idea terbaik untuk kerja dari rumah biasanya melibatkan kerja-kerja freelancing. Bagaimanapun, terdapat satu kaedah yang baru-baru ini semakin mendapat tempat  di kalangan pekerja-pekerja dari rumah. Ada yang memberi komen bahawa inilah peluang untuk membuat jumlah wang yang besar dalam waktu yang singkat.

Kerja Dari Rumah Dengan Online Trading

Salah satu kerja dari rumah yang paling menjanjikan peluang untuk menghasilkan wang ialah perdagangan atas talian atau online trading. FTT dan Forex trading adalah antara cara yang bukan saja terbaik malah ia adalah cara yang legit untuk anda  mencari nafkah.

Forex Trading

kerja dari rumah melalui appPasaran Forex adalah pasaran terbesar di dunia. Jumlah volume hariannya adalah sekitar 1.8 trilion dolar. Dagangan mata wang Forex membolehkan pelabur untuk berdagang antara dua mata wang dunia. Dengan berbuat demikian, trader akan membeli dan menjual dengan harapan dapat menghasilkan keuntungan. Sebenarnya saiz pasaran yang cukup besar yang menjadikan forex trading salah satu pasaran paling menarik di dunia.

Walau bagaimanapun, perdagangan melalui sistem Forex bukan satu tugas yang mudah. Pengetahuan yang diperlukan untuk berdagang dengan cekap mungkin mengambil masa bertahun-tahun untuk anda perolehi. Untuk mengelakkan kemungkinan kerugian, anda mesti melakukan salah satu daripada dua perkara ini: membayar seorang profesional perdagangan untuk mengendalikan trading untuk anda, atau anda sendiri menghabiskan ribuan dolar dan belajar tentang trading. Kajian telah menunjukkan bahawa apabila trader-trader baru cuba untuk berdagang dalam pasaran Forex sendiri, terdapat kira-kira 95% kemungkinan berlaku kegagalan.

Kunci untuk menjadi trader Forex yang berjaya ialah dengan mencari alat dan service yang dapat membantu anda membuat keputusan yang tepat sewaktu berdagang. Internet membolehkan pelabur mengakses maklumat yang hampir tidak terhad. Sama ada program, carta, atau artikel. Trader Forex yang berjaya bergantung pada apa saja alat yang boleh mereka perolehi dan percayai.   

Fixed Time Trades Trading

Mode kedua jika anda berminat menghasilkan wang dari rumah dengan trading ialah bertrading melalui Fixed Time Trades atau FTT. Satu ketika dulu FTT dikenali sebagai digital option. Cara kerjanya masih sama cuma proses di belakang tabir nya ditukar menjadi lebih efisyen. 

Pada dasarnya trading secara FTT masih melibatkan anda meramalkan sama ada harga aset akan pergi ke atas atau di bawah nilai strike price dalam jangka masa yang ditetapkan. Anda boleh memilih dari sejumlah besar broker FTT yang menawarkan beberapa jenis dagangan yang mempunyai risiko yang bervariasi serta pulangan yang berbeza. Secara amnya, pulangan terendah dalam perdagangan FTT adalah melebihi 50 peratus dengan jumlah tertinggi setinggi 98 peratus. 

Dagangan FTT  juga dianggap luar biasa kerana fleksibiliti yang ditawarkannya. Jika anda mempunyai komputer atau peranti mudah alih pintar dan sambungan internet dalam jangkauan, anda boleh berdagang melalui FTT. Ini bermakna anda boleh bekerja dari mana sahaja di dunia pada bila-bila masa. Sebagai contoh sementara menunggu barisan di pasar, semasa menunggu LRT atau sambil bersantai di taman.

Walaubagaimanapun, Fixed Time Trades,datang dengan beberapa risiko. Bagaimanapun, biasanya banyak kemudahan yang disediakan oleh broker yang dipercayai kepada trader-trader baru. Sebagai contoh, segmen pendidikan di platform, webinar serta tutorial asas perdagangan. Oleh itu memilih broker yang tepat sangat penting. Ini kerana, FTT berpotensi memberikan anda pendapatan yang tinggi ; menjadikan semuanya berbaloi. 

Trading secara FTT juga mempunyai persekitaran yang sangat rancak. Ia biasanya dihuni oleh trader-trader yang muda serta bercita-cita tinggi yang telah menjadikannya sebagai pekerjaan terbaik untuk gaya hidup mereka.

Perdagangan FTT ini  juga dikawal selia, yang bermaksud bahawa ia adalah persekitaran yang selamat untuk beroperasi. Anda boleh bertading  dari rumah, semasa dalam perjalanan atau di mana sahaja anda boleh mendapatkan sambungan internet. Ini menjadikannya cara yang sempurna untuk membuat wang dan mempunyai masa lapang yang cukup untuk melakukan apa sahaja anda mahu dengan hidup anda.

Perkhidmatan Online Trading 

Antara perkhidmatan yang tersedia untuk online trading bagi yang berminat termasuklah :-

Tutorial Latihan– Beberapa jenis tutorial dalam talian disediakan secara percuma atau dengan  sedikit bayaran. Tutorial yang tipikal akan membawa anda dari asas-asas trading ke bahagian perdagangan Forex yang lebih mendalam. Dengan membaca, belajar, dan mengikuti program latihan sebagai panduan, anda mendapat pengetahuan dan pengalaman dalam pasaran Forex, yang akan membantu anda membuat keputusan yang termaktum di kemudiannya.

Simulasi Perdagangan –  Penggunaan demo akaun membolehkan anda untuk bertrading dalam pasaran Forex sebenar tanpa risiko kehilangan wang. Kebanyakan demo akaun berfungsi dalam masa nyata, membolehkan anda mempelajari tentang pasaran sebenar. Program simulasi ini sering menggunakan wang virtual dan berfungsi sama seperti perkhidmatan perdagangan sebenar. Dengan menghasilkan keuntungan atau mengalami kerugian  sama seperti yang anda lakukan di pasaran sebenar, anda mendapat pengalaman dunia nyata trading. kerja dari rumah dengan demo account

Program Online Trading Sebenar– Jika anda lebih suka berdagang tanpa tekanan seperti harus belajar tentang trading, anda boleh mempertimbangkan program trading dalam talian. Program trading online ini membolehkan anda menentukan tetapan anda, maka program ini mengendalikan portfolio untuk anda. Memandangkan program tidak bergantung pada emosi manusia, keuntungan mudah diperolehi. 

Tetapi harus diingat, Program Online Trading Sebenar sangat-sangat dilarang dalam platform Olymp Trade. Jika anda ditangkap menggunakan program yang sedemikian, pihak Olymp Trade tidak akan teragak-agak untuk memblok akaun anda. 

Broker Pilihan Untuk Online Trading

Bercakap mengenai broker Forex dan FTT yang dipercayai. Pasti ramai yang masih tertanya-tanya broker mana satu yang patut dipilih sebagai permulaan kerjaya trading anda. Kami sebenarnya tidak teragak-agak untuk mengatakan Olymp Trade adalah antara yang terbaik. Kenapa kami mengatakan sedemikian. Ada 3 sebab yang utama  kerja dari rumah via olymp trade

  • Platform Olymp Trade telah dibangunkan secara individu. Ia adalah unik. Sebagai pengguna harian perisian ini, dapat kami katakan bahawa platform ini benar-benar mesra pengguna. Ia tidak dibebankan dengan alatan dan tetapan yang rumit. Tetapi pada masa yang sama ia mempunyai semua yang anda perlukan untuk melakukan analisis teknikal yang berkualiti.
  • Olymp Trade mempunyai senarai daftar aset yang yang dapat didagangkan termasuk pasangan mata wang, mata wang kriptografi, saham, indeks dan komoditi. Walaubagaimanapun senarai ini terhad kepada aset yang paling cair. Anda tidak akan menemui stok syarikat yang atau pasangan mata wang yang pelik seperti JPYNOK.. Jadi jika anda berdagang mata wang eksotik atau aset alternatif lain di mana anda dapat mencari kelebihan trading anda – Olymp Trade bukan lah tempat yang sesuai untuk anda. 
  • Pelbagai peluang pendidikan yang ditawarkan oleh Olymp Trade akan membolehkan anda menguasai kemahiran pasaran saham dan cara menguasai emosi anda. Olymp Trade mempunyai banyak artikel, video pendidikan, masterclasses serta sesi perdagangan langsung, di mana anda boleh menonton cara trader profesional membukak posisi. Facebook pula penuh dengan komuniti Olymp Trade dimana mereka yang berpengalaman berkongsi pengalaman mereka dalam bahasa ibunda mereka.

Sebenarnya ada banyak lagi sebab untuk memilih Olymp Trade sebagai platform dagangan anda tetapi bagi kami, 3 sebab ini sudah cukup untuk menyakinkan kami terus berdagang melalui platform ini. 

Kerja Dari Rumah Melalui Trading Bukan Mudah

Trading sering dilihat sebagai medan yang sukar untuk ditembusi, tetapi konsep tersebut tidak boleh diguna pakai pada pasaran hari ini. Sekarang, sesiapa saja boleh bertrading. Asalkan mereka mempunyai cita-cita dan kesabaran , maka trading boleh digunakan untuk mencari duit poket, walaupun bermula dengan wang yang sedikit.

Perubahan teknologi dan peningkatan jumlah dagangan di bursa saham telah membuka peluang kerjaya perdagangan kepada orang awam. Dalam beberapa kes, tiada modal peribadi diperlukan, dan, dalam kes lain, hanya sedikit modal yang diperlukan untuk memulakannya. Itu pun untuk mengesahkan komitmen anda untuk berdagang. 

Tetapi ini bukan bermaksud bahawa perdagangan adalah satu tugas yang mudah; ia boleh menjadi sangat sukar jika anda bercadang untuk kekal lama di dalam bidang ini. Seperti yang kita lihat pada beberapa alternatif perdagangan yang ada hari ini, anda akan melihat bahawa anda dapat memasuki apa-apa pasaran, tetapi kejayaan utama anda bergantung pada anda sendiri. 

Nasihat kami, anda perlu melihat pilihan-pilihan ini secara mendalam untuk melihat jika ianya menawarkan peluang kerjaya sepenuh masa atau separuh masa atau jika mereka hanya dapat digunakan untuk menjana pendapatan tambahan.

Akhir Kata

Sebaik sahaja anda memutuskan kaedah perdagangan mana yang sesuai serta terbaik untuk anda, langkah seterusnya adalah sangat penting. Jika anda mahu melakukan trading dari rumah, anda mesti memutuskan pasaran mana yang akan anda berdagang berdasarkan modal dan kepentingan anda. Anda kemudiannya harus membuat pelan perdagangan yang komprehensif, yang juga merupakan pelan perniagaan (sekarang perniagaan anda adalah trading), dan memutuskan bagaimana anda akan beroperasi sebagai seorang peniaga. Seterusnya, anda harus meneroka pelbagai online broker yang ada di luar sana dan bandingkan apa yang mereka tawarkan. Dapatkan seorang mentor atau seseorang untuk membantu anda. Setalah melakukan semua itu, tiba lah masanya untuk anda memulakan trading anda.

Anda boleh saksikan video di bawah untuk mendapatkan sedikit idea tentang bagaimana online trading dilakukan.

 

 

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars
Loading...