05.09.2018 Halaman Utama 108
olymptrade malaysia

motivasi kejayaan

Adakah anda masih ingat sewaktu juruanalisis Olymp Trade berbincang mengenai oscillator (pengayun)? Adakah anda masih ingat konsep keadaan terlebih beli dan terlebih jual? Jika tidak, sila baca petua berguna Olymptrade sekali lagi, ia akan membantu anda memahami topik hari ini. Selain daripada Indeks Kekuatan Relatif, Stochastic Oscillator, DeMarker juga direka untuk membandingkan tempoh harga terkini dengan harga sebelumnya bagi mengukur permintaan sesuatu aset.

Penunjuk DeMarker adalah suatu oscillator teknikal yang dibangunkan oleh Thomas Demarker. Penunjuk DeMarker diikat antara 0 dan 1. Ia mempunyai nilai dasar sebanyak 0.5, iaitu menurut peraturan am, aras terlebih beli ditetapkan pada 0.7 dan aras terlebih jual pada 0.3. Dalam tetapan standard, DeMarker dikira pada tempoh 14, sudah tentu pedagang boleh mengubahnya kepada apa-apa tempoh pilihan. Sila lihat imej yang disediakan oleh juruanalisis Olymptrade yang menjelaskan penunjuk ini.

demarker oscillator

Isyarat Pasaran Berbeza

Pedagang harus melihat bila DeMarker jatuh ke bawah 0.3, memasuki zon terlebih jual dan naik kembali melebihinya, untuk memberikan peluang pembelian. Sebaliknya, pedagang harus melihat posisi penjualan apabila DeMarker mencecah melebihi 0.7 pada zon terlebih beli dan jatuh kembali di bawahnya, iaitu petanda bahawa trend menurun mungkin bermula.  Sila lihat imej yang disediakan oleh juruanalisis Olymp Trade yang menjelaskan isyarat keadaan terlebih jual dan terlebih beli.

demarker oscillator

Selain itu, jika anda mahu, anda boleh memilih penunjuk DeMarker dalam bentuk Histogram. Ia lebih mudah untuk mengenalpasti kekuatan pergerakan harga dan kemungkinan pembalikan trend. Apabila bar berwarna hijau, DeMarker menandakan trend menaik. Begitu juga, apabila bar berwarna merah, penunjuk menandakan pergerakan menurun. Lihat imej seterusnya yang menunjukkan cara untuk menukar tetapan DeMarker.

demarker oscillator

Oleh kerana DeMarker merupakan suatu oscillator, juruanalisis Olymp Trade juga tahu bahawa ia boleh digunakan untuk membandingkan isyarat dengan oscillator yang berlainan, seperti RSI. Di bawah imej yang disediakan oleh juruanalisis Olymp Trade, anda boleh menyemak DeMarker dan RSI pada carta.

demarker oscillator

Anda boleh membayangkan dua garisan yang kelihatan agak sama. Perbezaan utama adalah DeMarker bergerak dengan lebih laju, memberi lebih isyarat dalam zon terlebih jual atau terlebih beli. Tapi, berhati-hati kerana kuantiti isyarat tidak sentiasa bermakna kualiti titik kemasukan. Penggunaan DeMarker atau RSI bergantung pada jenis pedagang (agresif atau konservatif).

broker forex

Kebanyakan pedagang, termasuk juruanalisis Olymp Trade memperhatikan hakikat bahawa penunjuk DeMarker memberi amaran tentang kebalikan pasaran berpotensi dengan zon terlebih jual dan terlebih beli, dan ini patut diambil kira dalam sistem perdagangan anda. Semoga dagangan anda berjaya dengan DeMarker!

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars
Loading...