19.03.2021 Halaman Utama 0
olymp trade MT4

Platform Olymp Trade MT4 Untuk Semua

Banyak platform mendakwa bahawa platform mereka mudah untuk digunakan oleh trader dari pelbagai peringkat – tetapi tidak banyak yang sebaik platform MT4 Olymp Trade.

Belajar tentang selok-belok asas perdagangan di salah satu platform terbaik di pasaran. Mari kita lihat kelebihan menggunakan platform yang begitu hebat ini untuk berlatih serta melaksanakan dagangan anda.

MT4 Olymp Trade merupakan cara terbaik untuk berdagang forex dengan broker Olymp Trade. Meta Trader 4 (MT4) merupakan salah satu platform perdagangan yang paling dipercayai dan serba boleh dalam pasaran hari ini. Gabungkannya dengan broker yang berdedikasi menawarkan perkhidmatan terbaik kepada pedagang mereka dari semua peringkat. 

Penggunaan Olymp Trade sebagai broker semasa menggunakan platform MT4 memberikan suasana yang ideal bagi kebanyakan pedagang. Penggunaan kombinasi platform dan broker ini memberikan anda kelajuan, alat dan prestasi yang tiada cacat cela dengan komisen yang rendah dan tiada bayaran pemindahan. 

Kenapa Perlu Memilih Platform MT4 Olymp Trade

Terdapat banyak sebab untuk mencuba forex MT4 Olymp Trade, tetapi tiga sebab utamanya ialah carta, alat dan aset yang lebih banyak. 

Carta

Platform sedia ada yang lain biasanya hanya membenarkan pedagang untuk memantau satu atau dua aset pada satu-satu masa. Berdagang di MT4, anda akan dapat memantau seberapa banyak carta yang boleh ditangani oleh komputer anda. Pedagang selalunya menggunakan 2-6 carta untuk memantau satu atau beberapa aset sekali gus. Melihat lebih banyak carta pada masa yang sama boleh membantu pedagang menganalisis pergerakan harga sesuatu aset dengan lebih baik. 

Alat

Penunjuk, Oscillator, Penasihat Pakar dan banyak lagi. Platform perdagangan lain biasanya mempromosikan tools/alat yang mereka tawarkan, tetapi anda tidak akan mendapat lebih banyak penunjuk dan oscillator yang boleh diperibadikan berbanding dengan apa yang ditawarkan oleh Olymp Trade.

Di dalam platfomr Olymp Trade anda akan berdagang menggunakan carta dan alat mengikut kehendak anda. Disertakan dengan Penasihat Pakar serta pembantu perdagangan digital yang direka khas untuk memberikan isyarat untuk strategi perdagangan yang berbeza. 

Aset Baharu

Pengguna MT4 Olymp Trade mempunyai akses kepada lebih banyak aset seperti pasangan mata wang, indeks dan logam baharu berbanding mereka yang hanya berdagang di broker’s built-in platform . Anda akan dapat berdagang dengan bilangan aset antarabangsa yang lebih banyak. Dengan lebih banyak aset yang boleh dipilih, anda boleh fokus pada instrumen yang anda ingin ikuti untuk lebih memahami tindakan harganya dan akhirnya meningkatkan kejayaan perdagangan anda.

broker forex

Cara untuk Membuka Akaun Dagangan di Platform MT4 Olymp Trade

Pertama, anda mesti mempunyai akaun dan profil yang telah disediakan di Olymp Trade. 

Sebaik sahaja akaun anda dicipta dan anda telah mendaftar masuk, pergi ke metatrader.olymptrade.com

Tamatkan pembukaan akaun MetaTrader 4 Olymp Trade anda dengan memilih jenis (Standard atau ECN), mod perdagangan (Wang Sebenar/Nyata atau Wang Demo/Palsu). Anda juga harus memilih sama ada anda mahu akaun anda Bebas Swap, dan mencipta kata laluan baharu sebelum klik butang “Buka Akaun”.

Apakah akaun Standard lwn akaun ECN?

Standard:

Pedagang dengan akaun Standard tidak membayar komisen untuk membuka dagangan. Walau bagaimanapun, anda perlu membayar susut nilai antara harga bida dan harga tanya. Oleh itu, apabila sesuatu kedudukan dibuka, mula-mula ia akan menunjukkan keputusan negatif yang bersamaan dengan susut nilai tersebut.

ECN:

Pedagang dengan akaun ECN membayar komisen yang kecil untuk membuka dagangan. Susut nilai masih wujud untuk akaun jenis ini, tetapi ia biasanya lebih ketat berbanding akaun Standard. Ia bermula serendah 0 mata. Akaun ini lebih bagus untuk strategi perdagangan yang lebih rumit. Ia melibatkan volum dagangan tinggi yang biasanya akan mengurangkan keuntungan dengan banyak disebabkan komisen yang lebih besar. 

Perbezaan yang terbesar ialah deposit minimum $200 yang diperlukan untuk membuka akaun ini.

Jika anda serius hendak mendapatkan wang, buka akaun ECN. 

Apakah maksud Bebas Swap?

Swap merupakan bayaran yang ditentukan oleh perbezaan antara kadar faedah negara yang mendirikan pasangan mata wang. 

MT4 Olymp Trade membenarkan anda untuk memilih Bebas Swap, bermaksud bahawa ia akan menggantikan Swap dengan komisen yang tetap. Jumlahnya disenaraikan pada halaman spesifikasi setiap aset. Berikut merupakan spesifikasi BTC

Olymp Trade MT4 

Pilihan Bebas Swap sesuai untuk pedagang yang hendak mengelakkan risiko yang disebabkan oleh perubahan kadar faedah secara tiba-tiba atau mereka yang mengikuti ajaran agama tertentu.

Cara untuk menggunakan akaun demo Platform Olymp Trade

Salah satu kelebihan menggunakan platform MT4 Olymp Trade adalah bahawa anda boleh berlatih berdagang dalam masa nyata menggunakan persediaan yang sama yang digunakan dalam perdagangan sebenar. Hal ini bermaksud bahawa kita boleh berlatih menggunakan strategi kita dalam pasaran sebenar. 

Log masuk ke Platform selepas memuat turun, pasang dan buka pautan MT4 Olymp Trade ke platform desktop. Pastikan anda memilih akaun demo dan bukannya akaun sebenar sebelum log masuk. Sekiranya anda ingin menukar akaun, anda mesti log keluar kemudian log masuk ke akaun yang betul.

Menggunakan platform MT4 ini sebenarnya adalah mudah, walaupun ia mungkin nampak agak merumitkan.

Sebaik sahaja anda masuk ke akaun demo, pilih aset daripada bahagian “Perhati Pasaran” di lajur kiri. Klik kanan pada aset yang ingin didagangkan, tatal menu ke bawah dan klik “Buka Carta”. Dari sini anda boleh membuka dagangan dengan cepat melalui menu di sudut kiri atas carta sesuatu aset. Butang “Beli” dan “Jual” masing-masing berada di sebelah kanan dan kiri. Di antaranya merupakan tempat untuk anda memasukkan bilangan lot (bilangan saham) yang anda dagangkan. Bilangan ini berbeza mengikut aset, sebagai contoh, untuk pasangan mata wang, anda boleh mengisi sebarang jumlah daripada 0.01 hingga 20 lot.

Anda juga boleh menggunakan tetingkap “Pesanan Baharu” (butang kedua dalam menu, dengan ikon yang mempunyai senarai kosong dengan simbol tambah). Ini adalh tempat untuk anda menetapkan parameter dagangan tambahan seperti Stop Loss, Take Profit atau pilih sama ada ia merupakan pesanan pasaran atau tertangguh. 

Anda juga boleh memanggil menu “Pesanan Baharu” dengan cara lain — dengan klik kanan pada mana-mana aset dalam tetingkap “Perhati Pasaran”. Dalam senarai ke bawah, pilih “Pesanan Baharu”.

Pesanan Pasaran lwn Pesanan Tertangguh

Pesanan tertangguh — Pesanan yang ditetapkan untuk membuka dagangan sekiranya harga aset mencapai nilai yang tertentu. Pesanan ini hanya akan dilaksanakan sekiranya syarat tercapai.

Pesanan pasaran — Pesanan yang membuka dagangan dengan segera, pada harga pasaran semasa.

Cara untuk Menutup Dagangan

Buka tab “Perdagangan” yang didapati di bawah menu dan pilih dagangan yang anda ingin tutup. Anda boleh menutup dagangan dengan klik pada ikon (X) dalam lajur “Keuntungan”. Anda juga boleh klik kanan pada dagangan yang diperlukan dan pilih “Tutup Pesanan” dalam menu baharu.

Ini merupakan asas penggunaan platform ini. Semakin banyak anda menggunakannya, ia akan menjadi kebiasaan, dan itulah masanya anda boleh mula lihat keuntungan sebenar dalam akaun sebenar anda.

Starter, Advanced & Expert

MT4 Olymp Trade menawarkan 3 peringkat ciri perdagangan. Kami  merupakan pedagang Advanced dan kami amat mengesyorkannya. 

Starter 

Peringkat yang sesuai bagi pedagang baharu yang ingin mendapatkan pengenalan kepada alam perdagangan. Tiada deposit minimum diperlukan dan akses kepada seluruh set pendidikan Olymp Plus dan akses kepada perkhidmatan pemenang anugerah Olymp Trade.

Advanced

Peringkat ini amat hebat, anda boleh mendapatkan rundingan bulanan dengan penganalisis profesional dan had jumlah dagangan yang lebih tinggi. Anda juga akan menerima akses kepada webinar dan strategi yang eksklusif. Dan bahagian yang terbaik merupakan pengeluaran yang lebih pantas.

Expert di Patform Olymp Trade

Peringkat untuk pedagang tahap tinggi yang ingin memanfaatkan sepenuhnya setiap dagangan mereka. Had yang lebih tinggi daripada Advanced dengan lebih banyak rundingan, bonus deposit, webinar, strategi dan pengeluaran terpantas. 

Jenis akaun anda ditentukan oleh jumlah yang anda depositkan. Seperti yang disebut, Starter adalah percuma dan tidak memerlukan sebarang jumlah yang spesifik. Walau bagaimanapun, untuk menjadi pedagang Advanced, anda mesti mendepositkan $500. Untuk menjadi pedagang Expert, anda perlu mendepositkan $2000. 

Menambah dana ke akaun sebenar

Untuk membuat deposit, log masuk ke akaun MT4 anda di metatrader.olymptrade.com

Klik butang «Deposit» kemudian isi jumlah yang anda ingin deposit atau pilih satu pilihan daripada menu ke bawah. 

Klik «Seterusnya». Pilih kaedah pembayaran daripada kad bank dan sistem e-pembayaran yang tersedia. 

Tamatkannya dengan mengisi maklumat yang diperlukan dan memuktamadkan pembayaran. Wang biasanya akan ditambah ke baki anda dengan serta-merta.

Jumlah deposit minimum dan kaedah pembayaran yang tersedia mungkin berbeza di negara yang berbeza.

Memandangkan anda kini mempunyai maklumat ini, anda boleh memutuskan sama ada perdagangan dengan tahap kawalan dan kebebasan seperti ini adalah sesuai untuk anda. Akaun demo serta bahan pendidikan adalah percuma, telitikan maklumat ini dan buat keputusan yang paling sesuai dengan kehidupan dan matlamat anda. 

forex malaysia

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars
Loading...