07.12.2022 Halaman Utama 4
ronaldinho malaysia

Sekilas Tentang Ronaldinho Gaúcho

Sejak dari dulu lagi ramai pemain bolasepak yang telah berjaya mencipta nama di peringkat antarabangsa. Bintang Argentina seperti Lionel Messi, penyerang Portugal Cristiano Ronaldo, Mbappe dari Perancis dan Luis Suarez dari Uruguay adalah antara nama-nama besar dalam dunia bolasepak. Walaupun dengan begitu banyak nama yang besar dan gah tidak ramai di antara mereka yang berjaya menambat hati penonton dengan tingkah laku serta keperibadian yang menarik. Contohnya seperti yang dilakukan oleh Ronaldinho Gaúcho.

Tidak seperti bintang-bintang lain yang kebanyakkannya mempunyai paras rupa yang menarik, Ronaldinho hanya bergantung pada skil menakjubkan yang beliau miliki. 

Bermula dari bermain di tepi jalan di Brazil hingga ke stadium paling simbolis di dunia, ramai yang tidak tahu Ronaldinho sebenarnya memiliki kehidupan dan karier seperti rollercoaster.

Daripada mengecapi kegemilangan tertinggi bersama kelab dan pasukan kebangsaan kepada pengakhiran yang hambar kepada karier cemerlangnya, perancang pemain Brazil itu sentiasa mempunyai alasan untuk tersenyum, tanpa mengira masa. Kerana karakter beliau yang sedemikianlah beliau mampu membuat jutaan peminat tersenyum bersama. 

Cara untuk mendaftar di Olymp Trade platform

Fakta Ringkas tentang Ronaldinho dan Kehidupan Peribadinya

Ronaldo de Assis Moreira, atau lebih dikenali sebagai Ronaldinho atau Ronaldinho Gaúcho, ialah bekas pemain bola sepak Brazil. Beliau biasanya beraksi sebagai sebagai pemain tengah menyerang (attacking midfielder). Terkenal dengan kehebatannya menggelecek dan kebolehan melakukan sepakan percuma, beliau dianggap antara pemain terbaik sepanjang zaman. Bermula dari kelab asal Brazil Gremio, beliau seterusnya bermain untuk Paris Saint-Germain, FC Barcelona, AC Milan, Flamengo, Atletico Mineiro, Queretaro, dan Fluminense.

Beliau juga berjaya mengumpul beberapa “cap” bersama pasukan kebangsaan Brazil – pasukan di mana beliau berjaya memenangi kejohanan Piala Dunia FIFA. Pernah memenangi Ballon d’Or, Ronaldinho terpaksa mengharungi masa-masa sukar sebelum berjaya sampai ke puncak. Dan di sepanjang karier beliau , beliau memastikan keluarganya sentiasa berada rapat dengannya. 

Kehilangan Yang Tragis

Sebelum beliau menjadi superstar dunia, Ronaldo terpaksa menhadapi kesukaran pada awal hidupnya. Dilahirkan dan dibesarkan di salah satu kawasan paling berbahaya di Porto Alegre, keluarganya kemudian berpindah ke zon bandar yang lebih cantik apabila abangnya Roberto berjaya menandatangani kontrak dengan kelab Gremio.

Malangnya, rumah baru mereka juga menjadi salah satu detik paling tragis dalam hidup beliau. Ketika Ronaldo baru berusia lapan tahun, bapanya João meninggal dunia selepas kepalanya terhantuk dan lemas di kolam renang rumah tersebut. Roberto, sembilan tahun lebih tua daripada Ronaldo, yang ketika itu masih remaja, terpaksa meninggalkan aspirasi bola sepaknya untuk menjaga keluarganya.

Keadaan itu kemudiannya memaksa adik lelakinya , iaitu Ronaldo mencari jalan untuk masuk ke dunia bola sepak. Memandangkan beliau biasanya pemain terkecil dan termuda di mana sahaja dia bermain, beliau mendapat nama samaran ‘Ronaldinho’. Setelah bermain futsal dan bola sepak pantai sebagai seorang kanak-kanak, beliau kemudiannya berjaya melangkah masuk ke kelab yang lebih stabil. 

Ronaldinho Terkini

Detik Hitam Dalam Hidup

ronaldinho di penjaraKehebatan Ronaldinho di padang menjadikannya inspirasi di seluruh dunia. Tidak dapat dinafikan yang beliau berada di kelompok pemain-pemain dahulu dan sekarang yang tidak boleh dipandang sebelah mata. Itulah yang menyebabkan peristiwa Ronaldinho di penjara serta kejatuhan bekas penyerang Barcelona itu begitu sukar untuk diterima dan disaksikan oleh peminat bola sepak.

Pada 2020, Ronaldinho dan abangnya ditahan di Paraguay selepas memasuki negara itu dengan pasport palsu.

Beliau telah menghabiskan 32 hari di dalam penjara di Paraguay sebelum diarah menjalani tahanan rumah. Kemudian beliau menghabiskan empat bulan lagi di sebuah hotel mewah di ibu negara Asuncion sementara siasatan dijalankan.

Ronaldinho yang di penjara kemudiannya dibebaskan pada Ogos 2020 selepas hakim memerintahkan dia dan abangnya membayar denda £153,000 setiap seorang. Perkara itu sekali gus telah menamatkan pengalaman pahitnya selama lima bulan menjadi banduan di Paraguay. 

Kebangkitan kembali Ronaldinho

Memang tampak jelas bahawa Ronaldinho tidak berada di tempat yang bagus sejak kebelakangan ini, tetapi sejak dibebaskan dari penjara beliau berjaya mengubah hidupnya. Pemenang Kejohanan Piala Dunia ini dengan pantas melibatkan diri dengan beberapa projek perniagaan yang bijak.  

Dia diupah oleh sebuah syarikat dari Minas Gerais untuk mempromosikan stadium baharu Atletico Mineiro. Pembinaan arena baru berkapasiti 46,000 itu bermula pada 2020 dan ia akan dibuka tahun depan.

Ronaldinho juga telah menubuhkan sebuah studio muzik di bandar Brazil Belo Horizonte. Beliau telah  merakam video muzik dengan kumpulan Recayd Mob dan penyanyi rap Djonga yang telah mencapai satu juta tontonan dalam masa kurang seminggu.

Lelaki berusia 42 tahun itu juga banyak terlibat dalam kempen pengiklanan untuk agensi pelancongan dan juga trading platform termasuklah Olymp Trade. 

ronaldinho malaysia

Bolasepak Dan Trading , Dua Dunia Berbeza Dengan Ciri Yang Sama

Pemilihan Ronaldinho sebagai duta Olymp Trade pada kami adalah sangat tepat. Bila difikirkan, bolasepak dan trading sebenarnya tidak banyak jauh berbeza. 

Sebagai contoh, dalam bolasepak pemain bukan sahaja harus tahu di mana bola berada  tetapi di mana juga kedudukan pihak lawan, kedudukan rakan sepasukan dan apa taktik yang sedang mereka gunakan.

Sama seperti trading, trader perlu tahu bukan sahaja tentang aset yang didagangkan, tetapi juga tentang industri, sektor, berita, ekonomi dan sentimen am pasaran. Itulah kunci untuk menjadi seorang trader yang efektif.

Seterusnya dalam bolasepak, kita belum kalah dalam perlawanan sehingga wisel tamat ditiupkan. Walaupun sedang ketinggalan, selagi ada masa , selagi itu lah kita mempunyai harapan untuk menang.

Bandingkan pula dengan trading. Satu trade rugi tak bermakna kita tidak boleh menjadi trader yang berjaya atau akan gagal selama-lamanya. Kekalahan dalam trading satu adat. Sama seperti dalam perlawanan bolasepak. Menang dan kalah itu adat pertandingan. Yang penting, pastikan kita mempunyai strategi yang ampuh dan mengikutnya secara displin untuk berjaya.

Berlatih berlatih dan berlatih

Itulah yang sering disarankan jika anda berada dalam dunia trading. Tidak kira sama ada anda masih baru atau anda seorang trader profesional , latihan itu adalah satu kemestian. 

Tak percaya? Lihat saja pada Ronaldinho dan dunia bolasepaknya. Ronaldinho terkenal dengan konsisten bersenam di gim dan bergaul dengan pemain tertentu. Ada banyak latihan dan rutin yang dilakukannya, tetapi latihan bebanan (weight training) adalah satu kemestian buat Ronaldinho. Beliau sangat komited, dan sehingga kini, walaupun sudah menjadi lagenda bolasepak, beliau masih melakukan latihan bebanan. Itulah salah satu sebab mengapa anda melihatnya dengan bentuk badan yang begitu hebat. 

Jadi jika anda mahukan badan seperti Ronaldinho, anda perlu melakukan sekurang-kurangnya satu jam hingga dua jam latihan bola sepak setiap hari.

Ronaldinho malaysiaTak banyak beza dengan trading bukan ? Untuk berjaya dalam trading kita bukan sahaja kena kenal aset, tools, indikator dan corak-corak teknikal tapi kita juga harus tahu cara menggunakannya. Dan salah satu cara untuk menjadi mahir ialah dengan banyak melakukan latihan serta bercampur dengan trader-trader lain untuk belajar. 

Tidak dinafikan, dalam suasana ekonomi sekarang, memang agak mencabar untuk trader mendapatkan profit kerana keadaan recession yang membimbangkan. Tapi jika kita sudah terbiasa dengan keadaan pasaran, yang datang dari hasil latihan yang mencukupi, peluang kita untuk mendapat profit akan menjadi lebih tinggi.

Jadi, walaupun anda merasakan diri anda sudah terrer atau hebat, latihan di akaun demo tidak harus ditinggalkan. 

Untuk berjaya kita perlu berlatih dengan banyak dan secara konsisten. Kerana dengan terus menerus berlatih itulah sebenarnya kunci kejayaan seorang trader. 

Bolasepak , Trading Dan Strategi

Dalam bolasepak kita takkan dapat menjaringkan gol atau mungkin tidak akan mendapat bola langsung jika kita sentiasa berada di kawasan yang terdapat ramai pemain. Jadi kita harus bergerak dan mencari ruang. Jika tidak ada ruang, kita cuba untuk mencipta ruang. Kita harus bijak mengatur strategi. Shoot bila ada ruang tersedia. Kerana dalam bolasepak kita tak boleh teragak-agak bila kita berhadapan dengan gol. Apa ntah lagi jika ada ruang yang kosong. Pemain harus segera rembat dan jangan buang masa.

Sama seperti dalam trading kita takkan dapat profit kalau tidak mempunyai strategi yang ampuh. Sebagai contoh kalau aset sedang menurun sudah tentu kita takkan mendapat profit dari trend menaik. Jadi jika kita nampak faktor-faktor yang sesuai, cuba selarikan dengan strategi-strategi yang kita ada. Misalnya jika perlu, cari aset lain atau tukar timeframe yang lebih sesuai dengan keadaan pasaran dan strategi Olymp Trade anda. Ada masanya trade yang kita ambil bergerak ke arah yang kita jangka. Jadi dalam situasi seperti ini kita harus segera membuka posisi dan tidak boleh teragak-agak. 

Cara untuk mendaftar di Olymp Trade platform

Akhir Kata

Melihat dari persamaan kedua-dua bidang bolasepak dan trading ini, tidak hairanlah jika Olymp Trade telah memilih Ronaldinho sebagai duta mereka. 

Walaupun nampak berbeza, tapi jika kita kaji dengan mendalam, kedua-duanya mempunyai konsep yang sama. 

Kejatuhan Ronaldinho sama seperti jatuhnya seorang trader yang kehilangan wang investasinya. Kebangkitan Ronaldinho pula sama seperti bangkitnya seorang trader yang kembali ke dunia trading dengan ilmu yang penuh di dada. 

Selain daripada itu, pengambilan seorang selebriti terkemuka dunia sebagai duta Olymp Trade juga, jelas memperlihatkan kredibiliti broker ini. Di mana ia menunjukkan Olymp Trade sangat serious dengan perkhidmatan mereka. 

Di harap dengan kehadiran Ronaldinho sebagai duta Olymp Trade, para trader diluar sana akan lebih yakin dengan broker yang satu ini.

Gunakanlah konsep yang telah kita bincangkan tadi untuk memantapkan diri anda di platform yang stabil ini. Jangan putus asa.

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars
Loading...