13.01.2020 Olymp Trade 75
olymptrade malaysia

Apa Itu Analisis Teknikal?

Analisis teknikal adalah alat, atau kaedah yang digunakan untuk meramalkan pergerakan harga masa depan security – seperti stok atau pasangan mata wang – berdasarkan data pasaran.

Teori di sebalik kesahihan analisis teknikal adalah tanggapan bahawa tindakan kolektif – jual beli  – semua peserta dalam pasaran, dengan tepat mencerminkan semua maklumat berkaitan dengan security yang didagangkan, dan dengan itu, terus memberikan nilai pasaran yang adil kepada security tersebut.

 

Harga Masa Lalu sebagai Penunjuk Prestasi Masa Depan.

Trader teknikal percaya bahawa price action semasa atau masa lalu di pasaran adalah penunjuk yang paling boleh dipercayai mengenai price action untuk masa akan datang.

Analisis teknikal bukan sahaja digunakan oleh trader teknikal. Banyak trader fundamental juga menggunakan analisa fundamental untuk menentukan sama ada untuk buy misalnya, tetapi setelah membuat keputusan itu, mereka kemudian menggunakan analisa teknikal untuk menentukan tahap harga entry yang baik serta berisiko rendah.

 

Memetakan Pada Berbagai Frame Waktu

Trader teknikal menganalisis grafik harga untuk mencuba memprediksi pergerakan harga. Dua variabel utama untuk analisis teknikal adalah frame waktu yang dipertimbangkan dan indikator teknikal tertentu yang dipilih trader untuk digunakan.

Frame waktu analisis teknikal yang ditampilkan pada grafik berkisar dari frame waktu satu minit hingga satu bulan, atau bahkan tahunan. Namun frame waktu popular yang paling sering dikaji oleh analis teknikal adalah:

Carta 5-minit

Carta 15-minit

Carta 1 – jam

Carta 4-jam

Carta harian

Frame waktu yang dipilih trader untuk dikaji biasanya ditentukan oleh gaya trading peribadi trader tersebut. Trader intraday iaitu trader yang membuka dan menutup posisi trading dalam satu hari dagangan, lebih suka menganalisis pergerakan harga pada grafik frame waktu yang lebih pendek, seperti grafik 5 minit atau 15 minit. 

Trader jangka panjang yang memegang posisi pasaran semalaman dan untuk jangka waktu yang lama, lebih cenderung menganalisis pasaran menggunakan grafik per jam, 4 jam, harian, atau bahkan mingguan.

Pergerakan harga yang berlaku dalam masa 15 minit mungkin sangat penting untuk trader intraday yang mencari peluang untuk merealisasikan keuntungan dari turun naik harga yang berlaku pada satu hari dagangan. Walau bagaimanapun, pergerakan harga yang sama yang dilihat pada carta harian atau mingguan mungkin tidak begitu penting  untuk tujuan perdagangan jangka panjang.

Di platform Olymp Trade, anda boleh membuka dagangan dari 1 minit – 23 jam.

 

Analisis Teknikal – Trend Lines

Trend lines mungkin merupakan bentuk analisis teknikal yang paling umum dalam perdagangan forex atau FTT.

Ia mungkin salah satu analisa teknikal yang paling kurang dimanfaatkan juga.

Sekiranya dilukis dengan betul, sebenarnya cara ini boleh menjadi kaedah yang tepat seperti mana-mana strategi-strategi lain.

Malangnya, kebanyakan trader tidak melukisnya dengan betul atau cuba membuat garis yang sesuai dengan pasaran walaupun sebenarnya anda harus melukis sebaliknya.

OT Blog Trend

 

Dalam bentuk yang paling asas, uptrend ialah satu garis menaik yang ditarik dari bahagian bawah kawasan sokongan (support) yang mudah dikenalpasti (valleys).

Dalam arah aliran menurun, downtrend ialah garis menurun yang ditarik dari sepanjang kawasan rintangan (resistance) yang mudah dikenal pasti (peaks).

 

Bagaimana cara melukis trend lines?

Untuk melukis trend lines dengan betul, semua yang anda perlu lakukan ialah mencari dua bahagian paling atas atau 2 bahagian paling bawah dan sambungkannya.

Itu saja. Sangat mudah. Jom kita tengok contoh

OT Blog Trend 2

 

 

Jenis-jenis Trend Lines

Ada tiga jenis trend:

  1. Uptrend (higher lows)
  2. Downtrend (lower highs)
  3. Sideways trends (ranging)

Berikut adalah beberapa perkara penting untuk diingati semasa menggunakan trend lines dalam trading:

Ia mengambil sekurang-kurangnya dua tops atau bottoms untuk melukis garisan trend  tetapi memerlukan TIGA untuk mengesahkan garis trend tersebut. 

Semakin cerun (STEEPER) garis trend yang anda buat, semakin ianya tidak reliable dan semakin besar kemungkinan yang ia akan pecah.

Seperti level support dan resistance horizontal, garis tren menjadi lebih kuat semakin sering ianya diuji.

Dan yang paling penting, JANGAN PERNAH melukis garis tren dengan memaksa ia agar sesuai dengan pasaran. Jika sebenarnya line itu tidak sesuai, maka garis trend itu tidak sah!

 

Bagaimana Trade Support dan Resistance Bekerja

Sekarang anda sudah tahu asas-asas, sudah tiba masanya untuk menggunakan alat-alat teknikal asas yang sangat berguna ini dalam trading anda.

Untuk memudahkan pemahaman, kami akan memanggil konsep support sebagai bounce dan konsep resistance sebagai break.

 

Bounce

Ramai trader membuat kesilapan dengan menetapkan order mereka secara langsung di atas tahap sokongan dan rintangan dan kemudian hanya menunggu trading mereka berjaya.

Tentunya, ini mungkin berjaya  pada setengah-setengah masa tetapi kaedah trading seperti ini mengandaikan tahap sokongan atau rintangan akan bertahan tanpa harga benar-benar sampai di situ. 

Saat bermain di bouncing, untuk membesarkan lagi peluang  kemenangan, kita harus mencari semacam konfirmasi bahwa sokongan atau resistance akan bertahan.

Seabgai contoh, daripada membeli langsung saat harga melantun, tunggu dulu sampai harga benar-benar memantul sebelum membuka posisi.

OT Blog Trend 3

 

Sekiranya anda ingin trade dalam jangka waktu pendek, anda perlu menunggu harga melantun dari resistance sebelum open trade.

 

OT Blog Trend 5

Dengan melakukan cara ini, anda mengelakkan detik-detik di mana harga bergerak pantas dan menembusi tahap sokongan dan rintangan.

 

Break

Di dunia yang sempurna, level support dan resistance akan bertahan selamanya. 

Dalam dunia trading yang sempurna, kita boleh melompat masuk dan keluar bila saja harga menyentuh level support dan resistance utama dan menghasilkan banyak wang.

Faktanya adalah level-level ini sering putus….

Jadi, tidak cukup hanya dengan bermain pantulan. Anda juga harus tahu apa yang harus dilakukan setiap kali level support dan resistance memberi laluan!

Ada dua cara untuk bermain break dalam trading: cara agresif atau cara konservatif.

 

Cara Agresif

 Cara paling sederhana untuk bermain breakout adalah dengan membeli atau menjual setiap kali harga dengan yakin melalui zon support atau resistance.

Kata kuncinya di sini “yakin” kerana kita hanya ingin dengan mudah membuka posisi ketika harga melewati level support atau resistance yang signifikan.

OT Blog Trend 6

 

Cara Konservatif

Bayangkan situasi hipotetis ini: Anda memutuskan untuk mengambil posisi beli EUR / USD dengan harapan ia akan naik setelah memantul dari level support.

Segera setelah itu, garisan support  putus dan Anda sekarang berpegang pada posisi yang kalah, dengan balance akaun Anda perlahan-lahan turun.

Apa yang akan anda lakukan? 

Jika pilihan Anda adalah bertahan pada trading Anda dan berharap harga naik lagi, maka anda dengan mudah telah memahami kaedah trading jenis ini.

Sekarang, jika penjualan yang cukup dan likuidasi posisi yang hilang terjadi pada level support yang rosak, harga akan berbalik dan mulai jatuh lagi.

Fenomena ini adalah alasan utama mengapa level support yang pecah menjadi resistensi setiap kali mereka pecah.

Seperti yang anda agak, mengambil keuntungan dari fenomena ini adalah tentang bersabar.

Daripada masuk tepat pada break, tunggu sehinggan harga membuat “pullback” ke level support atau resistance yang rusak dan masuk setelah harga memantul.

 

OT Blog Trend 7

 

Beberapa kata peringatan. Dalam dunia trading, perkara seperti ini tidak terjadi sepanjang waktu. “Retest” level support dan resistance tidak terjadi sepanjang waktu. Akan ada waktu yang harga hanya akan terus dalam satu arah dah meninggalkan anda tertinggal di belakang. Kerana itu, selalu gunakan stop loss order dan jangan pernah mempertahankan posisi anda hanya kerana anda berharap nasib akan menyebelahi anda. 

 

Kesimpulan

Perlu diingat bahawa tiada penunjuk teknikal yang sempurna. Tiada satu pun daripadanya memberikan isyarat yang 100% tepat sepanjang masa.

Trader yang paling bijak sentiasa memerhatikan tanda amaran bahawa isyarat daripada petunjuk pilihan mereka mungkin tersasar. Analisis teknikal yang dilakukan dengan baik, pasti dapat meningkatkan keuntungan anda sebagai trader. Bagaimanapun, apa yang boleh dilakukan untuk memperbaiki nasib anda dalam trading adalah dengan membelanjakan lebih banyak masa dan usaha untuk memikirkan bagaimana cara terbaik menangani sesuatu jika pasaran berbalik melawan anda, bukan hanya berfantasi tentang bagaimana anda akan menghabiskan wang berjuta-juta.

sleep eat trade

 

 

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars
Loading...