12.01.2022 Halaman Utama 0
cara penggunaan olymp trade signal

Adakah Anda Tahu Tentang Olymp Trade Signal?

Olymp Trade Signal ialah maklumat (sama seperti tips) yang dihantar kepada trader supaya mereka tidak terikat atau bebas daripada terpaksa melakukan kerja analisis sebelum boleh membuka sesuatu trade. Para trader biasanya menerima isyarat ini di Telegram, E-mel atau telefon pintar mereka (melalui Apl di Android atau IOS).

Selepas menerima Olymp Trade Signal ini, trader akan mula membuka posisi  dalam akaun Olymp Trade mereka. Walaubagaimanapun memandangkan signal ini hanyalah sebuah maklumat, para trader digalakkan untuk menganalisisnya terlebih dulu sebelum memutuskan untuk menggunakannya atau tidak.

Trader juga dinasihatkan menggunakan akaun Demo untuk memahami cara penggunaan signal tersebut sebelum mempraktikkannya terus ke dalam akaun sebenar. 

broker forex

Apa Ada Dengan Olymp Trade Signal

Olymp Trade Signal mempunyai semua maklumat yang trader perlukan untuk dapat membuka posisi di platform Olymp Trade. Setiap isyarat atau signal yang dihantar mempunyai maklumat seperti sama ada akan berlaku call (harga naik) atau put (harga turun) pada carta. Ia juga akan menyatakan isyarat tersebut akan berlaku dalam pasangan atau aset yang mana, untuk tempoh berapa lama, dan pada harga atau waktu mana yang perlu anda bersedia untuk membuat posisi.

Tugas ini hanya mengambil masa beberapa saat saja dari waktu para trader. Dan ianya hanya terdiri daripada menganalisis isyarat untuk melihat sama ada penerima mahu menggunakannya atau tidak untuk membuka kedudukan dengan data yang di terima pada isyarat tersebut. 

Di bawah adalah contoh email sebenar yang dihantar daripada pembekal maklumat signal Olymp Trade kepada pelanggan mereka.

Contoh email sebenar dari Olymp Trade Signal

Mengapa Ramai Trader Memilih Olymp Trade?

Olymp Trade ialah salah satu platform dagangan terkemuka dalam pasaran forex dan FTT. Ia juga dikawal selia oleh badan berkecuali yang dipercayai iaitu Finacomm. Ia menampilkan lebih 80 aset yang tersedia untuk berdagang, termasuk saham dan mata wang kripto. Deposit paling minimum juga amat rendah iaitu sebanyak usd10 sahaja dan anda boleh membuka trade dengan sebarang jumlah.

Selain itu, Olymp Trade ialah platform yang paling komprehensif apabila kita bercakap tentang penunjuk atau indikator.  Jadi trader boleh membuat analisis tentang signal itu dengan cepat dan efficient sebelum memutuskan untuk menggunakannya pada akaun sebenar. 

Mengapa Trader Memerlukan Trading Signal

Trading signal yang berkualiti tinggi ialah pilihan terbaik untuk orang yang:

  • kurang kemahiran dan pengalaman dalam menggunakan analisis teknikal;
  • tidak ada masa untuk menganalisa pasaran secara lebih mendalam (atau malas mahu melakukannya);
  • ingin membandingkan kesimpulan mereka sendiri dengan cadangan pakar untuk membuat keputusan yang lebih bijak.

Ringkasnya, jika anda mempunyai komitmen yang serius untuk berdagang dan merancang untuk mengembangkan profit anda langkah demi langkah, trading signal mungkin sangat membantu. Sebaliknya, mereka yang mencari jalan singkat kepada kekayaan yang cepat mungkin akan merasa kecewa.

Sebagai trader professional , anda harus tahu bahawa tiada signal boleh membantu para trader mengakali pasaran 100% pada setiap masa. Jika pembekal berkata sebaliknya, ketahuilah bahawa janji mereka itu palsu.

Cara Penggunaan Olymp Trade Signal

Untuk menggunakan signal Olymp Trade, trader hanya perlu melakukan dua perkara:

1 – Membuka Akaun Trading Olymp Trade

Untuk menggunakan isyarat yang diberikan, trader mestilah mempunyai akaun di Olymp Trade. Trader boleh mendaftar akaun tersebut secara percuma di laman web Olymp Trade Official

Sebenarnya adalah sangat penting untuk trader bertindak pantas dalam penempatan isyarat sebaik saja menerimanya. Ini kerana seperti semua sedia maklum pasaran berubah dengan sangat cepat. Jadi anda perlu bertindak dengan segera dengan harapan market akan menyebelahi anda. 

Jadi jika anda tidak mempunyai akaun Olymp Trade yang aktif, anda harus mengaktifkannya terlebih dahulu supaya anda tidak ketinggalan keretapi sebaik saja ada isyarat yang sesuai masuk. 

2 – Langgani mana-mana pembekal signal yang boleh dipercayai

Kebanyakkan pembekal-pembekal signal yang dipercayai akan mengenakan anda caj bayaran. Bagi kami sendiri, kami lebih selesa menggunakan Aplikasi Olymp Plus yang dimiliki oleh Olymp Trade dan juga trading signal yang disediakan di platform Olymp Trade itu sendiri (kami akan menerangkan dengan lebih lanjut tentang cara tersebut di bawah nanti)

Untuk aplikasi Olymp Plus, trader boleh menggunakan aplikasi tersebut sebagai signal di mana ia mempunyai satu bahagian yang dipanggil trend. Ia akan menunjukkan aset yang sedang trending pada ketika itu. Jadi trader hanya perlu mengikuti arah aliran aset tersebut di aplikasi tersebut dan semak ramalannya untuk mendapatkan isyarat yang boleh membantu anda mencari masa yang sesuai untuk membuka trade yang profit.

Tetapi akan ada waktu-waktu di mana trader akan dicadangkan dengan trade  yang mungkin bukan yang terbaik untuk mereka dan strategi keseluruhan mereka. Jadi anda perlu berhati-hati apabila menggunakannya. 

Harus diingat, Olymp Plus ialah sama seperti alat yang lain.  Semakin anda memahami matlamat dan strategi anda, semakin anda memahami tentang aset serta arah aliran yang paling sesuai dengan dengan cara trading anda. 

Cara Mencari Trading Signal pada Platform Olymp Trade

Olymp Trade menyediakan pelanggannya dengan berpuluh-puluh isyarat dagangan yang terletak di bahagian khas. Mari kami tunjukkan cara untuk mencari signal-signal tersebut. 

Pada platform, klik pada ikon Bantuan di bar sisi kiri. Kemudian, klik pada tab Isyarat dagangan “trading signals” untuk membuka senarai isyarat yang boleh anda pilih. Sebelum senarai dipaparkan, anda akan melihat notifikasi. Kami cadangkan anda menyemak pemberitahuan tersebut juga. 

Cara Mencari Trading Signal pada Platform Olymp Trade

Setiap signal mengandungi nama instrumen atau aset dan ikon mod dagangan yang dicadangkan. Ia mungkin mod Fixed Time Trade (FTT) atau Forex (FX). Dalam blok yang sama, anda akan menemui maklumat tentang tempoh dagangan yang disyorkan (contohnya, 2 jam) dan masa isyarat yang tepat.

Akhir sekali, terdapat ikon hijau/merah dengan anak panah ke atas/bawah. Yang merah bermakna harga dijangka turun, jadi anda harus membuka kedudukan MENURUN. Ikon hijau mencadangkan harga mungkin naik, jadi anda harus mempertimbangkan untuk membuka kedudukan MENAIK.

Contoh trading signal olymp trade

Cara Menggunakan Signal Olymp Trade

Perkara pertama yang perlu diingat ialah isyarat dagangan adalah untuk jangka pendek. Oleh itu, apabila anda melihat isyarat yang sesuai dalam senarai tersebut, lebih baik anda menggunakannya SEGERA. Olymp Trade sendiri mencadangkan anda membuka kedudukan dalam masa 10 minit selepas isyarat diberikan (lihat masa di sudut kanan atas).

Untuk menggunakan signal tersebut, pilih mod dan instrumen dagangan yang disyorkan, dan buka posisi. Kemudian, tunggu tempoh masa yang dipaparkan betul-betul di atas nama instrumen (“Time Duration”).

Biasanya, ia mengambil masa 2 atau 3 jam, walaupun kadangkala anda perlu menunggu selama 4 atau 5 jam.

Trading Signal Untuk Trader Expert

Untuk pengetahuan pembaca, beberapa signal yang disediakan oleh Olymp Trade adalah percuma. Tetapi kebanyakan signal dikhaskan menjadi private trading signal di mana di platform ia menampilkan ikon Status Expert. Ini bermakna ia hanya tersedia untuk pelanggan Expert yang sememangnya berhak mendapat faedah tambahan.

Terdapat dua cara bagaimana anda boleh mengakses isyarat peribadi ini:

  1. Naik taraf status anda kepada Expert dengan membuat deposit sekali dengan jumlah tertentu. Satu lagi cara untuk menjadi Expert ialah melalui pengumpulan Mata Pengalaman (XP). Apabila jumlah XP sudah cukup , trader akan dianugerahkan dengan perdagangan aktif.
  2. Langgan Trading Signal Expert dengan menggunakan Market di platform.

Jika anda lebih suka pilihan kedua, klik pada ikon Market di bar sisi kiri skrin dagangan anda. Kemudian, klik pada tab Market untuk membuka senarai alat tambah yang tersedia dan pilih item yang anda perlukan.

marketplace di platform olymp trade

Signals Olymp Trade – Dengar Nasihat Kami

Anda mesti membuka posisi dagangan secepat mungkin iaitu dari saat anda menerima isyarat melalui e-mel atau melalui Apl.

Satu lagi perkara penting ialah strike price. Ini adalah harga kemasukan. Dalam pilihan put (menurun) , anda berminat untuk memasukkan trade di atas harga kemasukan ini. Dalam pilihan call (menaik) , anda berminat untuk memasukkan trade serendah yang mungkin. Jadi adalah baik untuk memasukkan trade sedikit di bawah strike price.

Terdapat dua pilihan pada nilai dagangan, normal dan berganda. Berganda adalah apabila kita kalah pada signal pertama, kita memilih untuk menggunakan Martingale dan menggandakan nilai perdagangan yang sebelumnya. Trader mesti memilih sama ada mereka lebih suka menggandakan nilai dagangan atau mengekalkan nilai biasa.

Kebanyakkan pembekal isyarat memberikan masa tamat tempoh selama 30 minit (sedikit berbeza dengan trading signal di platform Olymp Trade). Dengan cara ini terdapat masa yang cukup untuk trader menerima pemberitahuan signal dan membuka trade dalam akaun sebenar dengan lebih tenang. 

Walau bagaimanapun, kami ingin menasihati para trader untuk membuka posisi berdasarkan Olymp Trade signal yang diterima dalam masa 10 minit pertama selepas menerima isyarat tersebut. 

Apabila anda membuka sesuatu trade, Olymp Trade biasanya menggunakan time frame 15 minit sebagai default setting. Namun, kami cadangkan untuk anda menggunakan time frame 30 minit. Jadi jangan lupa untuk menukar time frame carta anda kepada 30 minit.

Seringkali berlaku di mana trader membuka posisi dengan tergesa-gesa sehingga terlupa untuk menukar time frame kepada 30 minit. Jadi mereka memasuki dagangan dengan time frame 15 minit dan akhirnya rugi.

motivasi kejayaan

Imbas Kembali

Sekarang anda sudah tahu semua yang anda perlukan untuk memanfaatkan signal Olymp Trade dan cara bagaimana untuk mengenalpasti dan mencari signal. Satu perkara yang penting ialah mulakan dengan modal kecil. Juga perlu diingat bahawa tiada alat yang sedemikian 100% tepat. Jadi, lebih baik anda menggunakannya untuk mengesahkan atau melaraskan analisis anda sendiri saja. Dengan lain kata, analisa sendiri juga penting. 

Jika anda seorang pemula, anda boleh menguji Signal Olymp Trade semasa menggunakan akaun demo anda. Ia merupakan kaedah yang terbaik untuk membiasakan diri dengan signal tersebut  sebelum beralih kepada perkara sebenar.

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars
Loading...