25.01.2022 Halaman Utama 0
olymp trade vs iq option

Olymp Trade adalah salah satu daripada beberapa broker FTT dalam talian yang boleh dikatakan sebagai pesaing utama IQ Option. Memang tak dapat dinafikan ramai trader baru yang berbelah bagi dan keliru untuk memilih platform mana satu yang perlu mereka gunakan. Artikel ini akan membantu anda membuat keputusan yang mana antara kedua-dua platform tersebut yang berbaloi untuk anda laburkan wang anda. Kami akan membandingkan satu persatu ciri utama yang kebiasaannya menjadi perkara penting yang dipertimbangkan oleh trader sebelum membuka akaun trading.  Jadi mari kita mulakan ; Olymp Trade Vs IQ Option 

forex malaysia

Tahun Penubuhan

OlympTrade diasaskan pada tahun 2014 dan beroperasi di Saint Vincent dan Grenadines. IQ Option pula, telah dilancarkan pada 2013 dan pusat operasinya adalah di Cyprus.

Jadi kedua-duanya telah beroperasi hampir 10 tahun di pasaran saham.

 

Badan Pengawal Selia

IQ Option dikawal oleh CySEC di bawah nombor lesen 247/14 selepas syarikat itu membuat penjanamaan semula daripada nama sebelumnya Investlab Holdings. Badan pengawal selia ini adalah salah satu badan yang mengawal selia broker FTT dan merupakan pengawal selia yang cukup cekap serta mempunyai reputasi.  Jadi pelanggan IQ Option tidak perlu merasa ragu dengan kredebiliti broker ini.

Olymp Trade sebaliknya dilesenkan oleh Suruhanjaya Kewangan (FinaCom). Ini adalah lembaga kawal selia bebas yang tidak tertakluk kepada mana-mana negara. FinaCom memberikan perlindungan kepada pelabur sehingga €20,000. Mereka juga akan membantu menyiasat aduan yang dibuat oleh para trader kepada mereka tentang mana-mana broker yang menjadi ahli mereka seperti Olymp Trade.

Menjadi ahli kepada FinaCom adalah secara sukarela untuk mana-mana broker FTT.  Jadi boleh dikatakan bahawa sesuatu broker itu boleh dipercayai jika mereka memilih untuk menjadi ahli Finacom. Walaubagaimanapun, FinaCom tidak mempunyai sebarang kuasa untuk mendakwa broker di mahkamah jika mereka tidak mahu bekerjasama.

 

Statistik Pelabur

Menurut laman web Olymp Trade, lebih 60 juta pelabur telah membuka akaun di laman web mereka sehingga hari ini.  Jumlah transaksi jual beli yang telah dibuat dari tahun 2014 ke 2022 adalah sebanyak 30 Juta transaksi. Sementara purata bayaran yang telah dibuat kepada pelabur mereka pula adalah kira-kira sebanyak $16 juta setiap bulan. 

IQ Option sebaliknya mempunyai lebih 25 juta pengguna dengan volum dagangan bulanan melebihi $360 juta.

 

Platform Dagangan

Kedua-dua broker FTT ini tidak mempunyai MetaTrader atau mana-mana platform dagangan yang biasanya menjadi default kepada sistem forex (cth MT4 , MT5 dll) . Tetapi kedua-duanya mempunyai perisian proprietari yang boleh terus digunakan di web Windows atau MacOs.  Trader juga boleh memuat turun aplikasi trading itu di mobile  iOS dan Android. Walau bagaimanapun, platform dagangan IQ Option dilihat lebih mantap kerana mereka mempunyai ciri seperti perdagangan sosial atau Social Trading

 

Jenis Akaun Yang Ditawarkan

Olymp Trade mempunyai dua akaun berbeza. Yang pertama adalah untuk berdagang forex manakala satu lagi untuk berdagang FTT. Di samping itu, platform ini juga menawarkan tiga jenis status atau akaun untuk trader-trader mereka. Status-status tersebut adalah Beginner , Advanced dan Expert.  Status tersebut bergantung pada jumlah deposit yang dimasukkan ataupun mengikut jumlah XP yang telah dikumpulkan. 

Untuk membuka akaun beginner, anda memerlukan deposit minimum sebanyak $10. Jenis status yang lebih tinggi memerlukan deposit minimum yang lebih besar. Jika anda membuka akaun expert antara faedah yang akan anda perolehi termasuklah perunding peribadi dan peratus pulangan yang lebih tinggi untuk semua jenis aset. Anda juga akan mendapat beberapa perdagangan bebas risiko.

​​IQ Option juga mempunyai 2 akaun. Di mana akaun standard mereka memerlukan deposit minimum sebanyak $10. Dan anda boleh memasuki dagangan dengan pelaburan serendah $1. Akaun VIP IQ Option sebaliknya memerlukan deposit minimum $1900 atau volum dagangan $15000 dalam tempoh tiga bulan.

Akaun VIP ini juga akan memberikan anda pengurus akaun peribadi, pengeluaran lebih pantas dan eBuku dagangan percuma. Perlu diingat bahawa akaun VIP tidak tersedia untuk warga EU.

Antara kesamaan antara kedua-dua platform ini adalah mereka menawarkan akaun demo yang dikreditkan dengan wang tunai maya sebanyak $10000.

Jenis-jenis status yang terdapat pada akaun Olymp Trade

 

Jenis-jenis Aset

Olymp Trade menawarkan pilihan aset-aset berikut, matawang (Forex) , Stocks ,Metals , Indices, Commodities, Crypto, ETF , OTC dan Composites

Secara keseluruhannya, terdapat lebih dari 100 instrumen kewangan yang berbeza.

IQ Option sebaliknya mempunyai lebih banyak instrumen kewangan. Ini termasuk Forex, Opsyen, ETF, Komoditi, Indeks, mata wang kripto dan CFD.

Berita baiknya , Olymp Trade telah menambah sebanyak 30 asset baru pada tahun ini untuk diperdagangkan oleh pengguna platform mereka. 

 

Peratus Pulangan Pada Dagangan

Olymp Trade menawarkan pulangan antara 82% hingga 90% bergantung pada aset, turun naik dan jenis akaun.

IQ Option pula menawarkan pulangan antara 65% hingga 95%. Peratus pulangan juga bergantung pada aset, turun naik dan jenis akaun.

 

Kaedah Pembayaran Yang Diterima

Buat masa ini, Olymp Trade hanya menerima 9 kaedah pembayaran. Ini termasuk Bank cards (Visa/Mastercard) Skrill ,Neteller, WebMoney, Net banking, UPI, AstroPay Card, GlobePay dan Bitcoin

olymp trade payment method

Manakala IQ Option pula menerima lebih 20 kaedah pembayaran yang berbeza. Sebagai tambahan kepada cara pembayaran yang diterima oleh Olymp Trade, IQ Option juga menerima cara pembayaran Jeton antara lainnya. 

 

Olymp Trade Vs IQ Option : Deposit dan Pengeluaran

Kedua-dua platform akan memproses deposit dalam masa beberapa minit terutamanya jika anda menggunakan kad bank atau eWallet. Olymp Trade juga menawarkan bonus deposit yang boleh anda tolak semasa proses deposit. Jumlah deposit minimum ialah $10.

Pengeluaran hanya boleh dibuat ke akaun yang anda gunakan untuk membuat deposit. Kedua-dua platform tidak akan mengenakan sebarang yuran pengeluaran. Jumlah pengeluaran minimum juga sama seperti deposit iaitu $10.

Pengeluaran diproses dalam tempoh 24 jam hingga 5 hari bekerja. Untuk kedua-dua platform, pemegang akaun Expert untuk Olymp Trade dan VIP untuk IQ Option akan menikmati pemprosesan pengeluaran yang lebih pantas.

Seperti yang dinyatakan di atas , apabila anda ingin memasukkan wang ke dalam akaun dagangan anda, kedua-dua broker FTT ini mempunyai banyak pilihan. Pilihan yang paling disukai antara kedua-dua broker ini ialah kad bank (Visa dan MasterCard) selain daripada Neteller, Skrill dan WebMoney. 

Selain daripada itu Olymp Trade juga  telah menambah cara pembayaran melalui Bitcoin dan FasaPay. Fasapay adalah antara cara pembayaran yang popular di seluruh Asia manakala Bitcoin pula adalah sesuai untuk trader yang ingin mengekalkan kerahsiaan mereka.

 

Yuran

Sebagai broker utama FTT, IQ Option membuat sebahagian besar keuntungan mereka daripada spread di mana harga bida dan permintaan diubah mengikut keadaan pasaran. Spread ini sangat rendah mengikut piawaian industri dan tidak menjadi masalah untuk dikendalikan. 

Sementara itu, Olymp Trade pula membuat keuntungan mereka daripada ramalan yang salah pada trading FTT dan dari spread pada trading Forex. Kedua-dua yuran ini juga sangat rendah.

 

Kebolehcapaian

Kedua-dua platform Olymp Trade dan IQ Option boleh diakses melalui pelayar web, aplikasi desktop (Windows dan MacOS) serta aplikasi telefon pintar (Android dan iOS).

 

olymp trade google play

 

Khidmat Pelanggan

Kedua-dua platform mempunyai pasukan khidmat pelanggan yang sangat mesra dan berpengetahuan. Khidmat pelanggan mereka boleh dihubungi melalui telefon, sembang chat dan e-mel. Mereka juga sering dilihat berinteraksi dengan pengguna mereka melalui platform media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram untuk Olymp Trade. 

 

Sorotan Ringkas Broker 

Olymp Trade Vs IQ Option

IQ Option

IQ Option ialah broker dalam talian yang terkenal untuk Forex, FTT dan CFD. Ia adalah syarikat broker yang berpangkalan di Cyprus dengan lebih 25 juta pelanggan yang berdaftar. Untuk sesetengah trader mereka berpendapat IQ Option adalah antara platform FTT  yang baik berbanding broker lain. 

IQ Option membenarkan penggunanya mencipta tiga jenis akaun dagangan: akaun sebenar, akaun demo atau akaun premium. Anda boleh memulakan perjalanan dagangan anda dengan akaun demo. Akaun demo digunakan untuk membantu para trader bermula tanpa menggunakan wang sebenar. Akaun sebenar pula, bagaimanapun, memerlukan deposit minimum untuk dibuka. Anda memerlukan sekurang-kurangnya $10 untuk membuka akaun sebenar di IQ Option. Akaun premium memerlukan sekurang-kurangnya deposit minimum $3000 untuk dibuka.

Anda boleh berdagang untuk lebih 500 pasaran dengan IQ Option. Mereka juga menyediakan sistem pendidikan dan latihan yang hebat secara dalam talian. Jadi pengguna yang ingin berdagang dengan IQ Option boleh mempelajarinya dengan mudah. Sistem pendidikan mereka boleh dikatakan baik , dan anda boleh belajar dengan mudah melalui bahan-bahan yang disediakan. Sumbernya cukup baik untuk membolehkan anda bermula dengan selesa.

 Ia adalah syarikat berdaftar yang dikawal selia oleh CySEC.  

 

Olymp Trade

Ia tidak banyak berbeza dengan IQ Option. Olymp Trade berpangkalan di Saint Vincent and Grenadines. Ia juga mempunyai pangkalan perkhidmatan yang hebat di Rusia. Lebih dari 6 Juta trader berdaftar secara rasmi  di platform ini.

 Di Olymp trade , anda boleh membuka tiga jenis akaun atau dipanggil status, iaitu status beginner, status advanced dan status expert.  Anda boleh membuat akaun beginner dari serendah $10. Akaun Expert pula memerlukan sekurang-kurangnya deposit $2000 untuk bermula. Walau bagaimanapun, ketiga-tiga status tersebut akan diisi dengan wang maya sebanyak usd10000 di dalam akaun demo yang boleh digunakan pada bila-bila masa untuk latihan. 

Broker ini menyediakan lebih dari seratus aset untuk diperdagangkan. Ia juga mempunyai material pendidikan yang bagus untuk trader baru. Ia juga boleh dikatakan antara penyedia material pendidikan forex yang terbaik. Suruhanjaya Kewangan Antarabangsa (Finacom) mengawal selia platform ini di mana ia mempunyai piawaian keselamatan tertinggi.

forex malaysia

 

Olymp Trade Vs IQ Option : Jadi Siapa Yang Menang ? 

Kedua-dua broker menawarkan perkhidmatan untuk trader yang baru bermula serta untuk trader yang  berpengalaman. Walau bagaimanapun, orang yang betul-betul baru mengenali dunia trading akan  menganggap Olymp Trade adalah yang terbaik, kerana ia bukan saja mempunyai platform untuk FTT tetapi juga dilengkapi dengan pilihan Forex trading. Dan yang menariknya ia ditawarkan dalam satu platform di mana trader yang perlu mengetik satu butang untuk menukar di antara FTT dan Forex.  Fitur sebegitu tidak ada atau tidak disediakan oleh IQ Option. 

Dari segi kebolehcapaian dan sokongan, kedua-dua broker ini adalah sama menarik. Platform proprietari mereka boleh berfungsi di laman web yang biasa, apl desktop (Windows dan macOS) dan apl telefon pintar (Android dan iOS). 

Kedua-dua broker ini  juga mempunyai syarat yang hampir sama dari segi deposit minimum dan pengeluaran terendah yang boleh dibuat. Akhir sekali kedua-dua platform  memaparkan amaran risiko berhubungan dengan dagangan berleveraj. Ini menunjukkan mereka kisah dengan risiko yang bakal ditanggung oleh trader serta  menunjukkan broker ini bersikap terbuka tentang sifat instrumen tersebut dan tidak menyembunyikan risiko trading. 

Jadi yang mana satu harus di pilih ? Tepuk dada tanya selera !

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars
Loading...